Perutusan Sempena Maulidur Rasul 1439H/2017


Bismillahirrahmaanirrahim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Salam 1Tioman dan Salam 1Malaysia.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat badinda seluruhnya.

Sesungguhnya, pemimpin agung kita Nabi Muhammad saw telah diputerakan pada 570 Masihi di Kota Mekah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal iaitu bulan ketiga dalam taqwim Islam. Kelahiran Nabi Muhammad SAW ini merupakan satu nikmat dan rahmat kepada seluruh alam. Rasulullah SAW diutuskan oleh Allah SWT untuk menyempurnakan seluruh ajaran dan syariat Islam  dengan membimbing dan memimpin seluruh umat manusia seperti firman Allah SWT didalam surah Al-Anbiya' ayat 107 yang bermaksud: 

"Dan tidaklah kami utuskan Engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat ke seluruh alam".

Kelahiran Nabi Muhammad SAW di tengah-tengah kejahilan masyarakat Arab pada ketika itu juga telah membawa satu transformasi yang terunggul di dalam lembaran sejarah dunia peradaban Islam. Risalah baginda berpaksikan wahyu Ilahi bertujuan untuk melahirkan umat Islam yang mengesakan Allah SWT tidak ternoktah di semenanjung Tanah Arab sahaja, tetapi meliputi seluruh benua, bangsa dan keturunan di dunia ini.

Justeru, Marilah kita mencontohi Akhlak, sifat dan kepimpinan beliau dalam pelbagai aspek kehidupan. Kita selaku umat Nabi Muhammad SAW wajar untuk sentiasa mengenang perjuangan Baginda dalam menyebarkan dakwah Islam. Hasil perjuangan dakwah Baginda Rasulullah SAW dan pengorbanan para sahabat Baginda, maka kita dapat mengecapi nikmat iman dan Islam pada hari ini.

Dikesempatan ini saya Wan Muhammad Redhuan Bin Wan Mustapha, seluruh penduduk Pulau Tioman terutama di Kampung Genting ingin mengucapkan selamat menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, marilah sama-sama kita mengambil iktibar dari kisah teladan yang telah ditunjukkan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW semoga ianya memberi semangat dan pedoman untuk kita jadikan sebagai bekalan ketika berjalan di muka bumi Allah Taala menuju alam yang kekal buat selama-lamanya. 

Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam tidak kira di mana jua berada.

Yang Berkhidmat,
Wan Muhammad Redhuan.

Perutusan Sempena Maulidur Rasul 1439H/2017

Post a Comment

Name

Email *

Message *