Perutusan Sempena Hari Natal 2017


Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Sejahtera dan Salam 1 Pulau Tioman.

Alhamdulillah, segala puji penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah  izin dan rahmatNya, dapat kita menghirup udara segar, bercuti ke Pulau Tioman bersama ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Terlebih dahulu, saya ingin merakankan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih saya Wan Muhammad Redhuan Bin Wan Mustapha selaku admin blog ini kepada semua yan telah mengambil pakej bersama saya selama saya menguruskan perkhidmatan percutian ke Pulau Tioman. 

Dalam suasana merayakan hari Krismas yang juga dikenali sebagai Hari Natal pada esok hari (25 Disember 2017) pada tahun ini, izinkan saya menyampaikan ucapan Selamat Hari Natal dan selamat merayakan Hari Krismas kepada semua penganut agama Kristian yang berada di Negara kita yang tercinta ini.

Sehubungan dengan itu, di hari perayaan ini bersama-samalah kita kunjung mengunjung antara satu sama lain untuk mengeratkan ikatan persahabatan sesama kita. Akhir kata dari saya sebelum penutup, selamat bercuti ke Pulau Tioman bersama keluarga dan kawan-kawan. Untuk tempahan pakej snorkeling, diving, dan tiket feri percutian ke Pulau Tioman tahun hadapan telah dibuka. 

Yang Berkhidmat,
Wan Muhammad Redhuan Bin Wan Mustapha

Perutusan Sempena Hari Natal 2017

Post a Comment

Name

Email *

Message *