PERUTUSAN SEMPENA TAHUN BARU 2018


Perutusan Tahun Baru 2018

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, 
Salam Sejahtera

Saya Wan Muhammad Redhuan bin Wan Mustapha wakil penduduk Pulau Tioman, terutama Kampung Genting ingin mengambil sedikit ruang dan peluang untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2018 kepada seluruh Rakyat Malaysia. Suka dan duka, pahit dan manis yang dilalui sebagai insan biasa di sepanjang tahun 2017 marilah kita jadikan kenangan abadi didalam simpanan memori hidup. 

Sebagai peneraju pakej bercuti ke Pulau Tioman terletak di Negeri Pahang ini, jauh di sanubaru saya ingin sekali menyediakan banyak perkara sebagai kepuasan pelancong. Namun sebagai hamba Allah, saya hanya menpunyai kudrat upaya terbatas, saya mengakui kadang-kadang saya terlepas pandang dan kelewatan merespon mesej / panggilan pelanggan. InsyaAllah tahun baru ini saya akan lebih meningkatkan dan lebih responsive terhadap mesej / panggilan pelanggan.

Akhir sekali izinkan saya mengucapkan empat perkara sebagai membuka tirai baru 2018:

1. PENGHARGAAN
Sebagai Penghargaan kepada pembaca isi kandungan teks ini saya ingin memilih 3 orang terawal untuk mendapat tiket (terbuka) feri dari Mersing - Tioman - Mersing secara percuma pada tahun ini bermula bulan februari 2018. Untuk mendapat tiket feri secara percuma dengan mudah, anda hanya perlu komen di bawah "saya nak tiket feri percuma dari Wan Pulau Tioman" dan "012-3456789" no telefon anda didalam 1 komen. 3 komen terawal akan mendapat tiket percuma.

HARGA TIKET FERI 2018

2. TERIMA KASIH
Terima kasih saya ucapkan kepada pelancong yang memberi sokongan sepanjang tahun 2017. Semoga tidak jemu menghubungi saya dimasa akan datang.

3. MAAF
Saya memohon maaf diatas kesilapan dan kekurangan serta keterlanjuran jika ada.

4. DOA
Saya mendoakan kebaikan kepada pelancong yang datang supaya selamat datang dan pulang sepanjang percutian dan memohon doa dari kalian supaya Pulau Tioman dijauhkan bala bencana, wabak penyakit yang berat.
Sesungguhnya hanya kepada Allah saya berserah. 

Sekian, wassalam.

Yang berkihdmat,
Wan Muhammad Redhuan bin Wan Mustapha.




PERUTUSAN SEMPENA TAHUN BARU 2018

5 comments

  1. Saya nak tiket feri percuma dari wan pulau tioman..0129228101

    ReplyDelete
  2. saya nk tiket feri free dr wan tioman - 0133772486

    ReplyDelete
  3. Saya nak tiket feri percuma dari wan tioman, 0169659395/ wasaap 0187869369

    ReplyDelete

Name

Email *

Message *